Sekiranya anda seorang pemilik perniagaan. Anda mungkin termasuk dalam dua golongan ini;
Guna Halo Telco untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang ekstra. Kalau kat telco lain memang takkan dapat offer begini.
Guna Sekarang
1 – Pemilik yang perlukan website, tetapi tidak mempunyai masa atau duit untuk merealisasikan impian anda untuk dapatkan webiste yang baik atau
2 – Anda ada website tapi anda tahu website itu tidak seperti yang dikehendaki oleh anda. Ini kerana mungkin pembangun website yang anda upah tidak konsult anda dengan baik.
Jika anda merupakan salah satu golongan di atas, WordPress adalah penyelesaian untuk dapatkan web yang baik.
Di sini, saya berikan 10 sebab kenapa anda perlukan WordPress untuk bina website perniagaan anda.
1 – WordPress adalah mudah untuk dipasang, diurus dan dikemaskkini. Anda tak perlu jadi pakar segalanya (seperti coding) untuk uruskan WordPress. Apa yang anda perlukan adalah internet dan browser sahaja untuk membina website.
2 – WordPress adalah sesuai dijadikan untuk blog dan website rasmi perniagaan anda. Memang benar WordPress pada mulanya dibina untuk kegunaan blogging, tapi itu pada awal dahulu. Selepas beberapa tahun (disokong dengan komuniti yang sangat besar). WordPress bukan sahaja untuk blogging. Malah ianya boleh dijadikan sebagai alat untuk membina website perniagaan dengan baik.
3 – Beribu sumber layout yang profesional. Tidak kisahlah yang percuma atau berbayar. Kebanyakannya sesuai untuk digunakan untuk website perniagaan anda pada masa kini. Yang menarik, anda tidak perlukan mengupah profesional web designer yang mungkin mahal.
4 – Tadi kami sebut tentang layout. Selain daripada itu, WordPress juga mempunyai beribu juga plugin untuk menambah baik fungsi di website anda. Fungsi yang bagaimana kami maksudkan? Fungsi seperti shopping cart, forum, pengurusan perniagaan, sistem Point Of Sales (POS). Semuanya ada di WordPress.
5 – Anda hiraukan tentang SEO (Search Engine Optimization). Jangan risau, WordPress sememangnya sangat mesra SEO. Apa aja yang anda tulis, ianya mudah di indeks oleh laman carian terutamanya Google. Tambahan dengan bantuan plugin Yoast SEO, anda boleh ukur tahap SEO artikel anda dengan mudah.
6 – WordPress sangat terkenal. Ya terkenal bermaksud telah diguna pakai oleh kebanyakan pemilik website di serata dunia. Berdasarkan sumber di laman Buildwith, WordPress merupakan CMS yang paling popular di dunia.
7 – WordPress mempunyai komuniti yang besar dan mesra. Bila mana ada komuniti yang besar, sekiranya anda perlukan sokongan, komuniti ini akan membantu anda sebaik mungkin dan mereka sanggup berkongsi ilmu mereka. Di Malaysia, komuniti Kedai Kopi WordPress telah dicipta untuk membantu para penggiat WordPress.
8 – Perlukan web yang mesra mobile? WordPress sudah pun mesra mobile sejak tahun 2010 yang lalu. Seiring dengan teknologi mobile yang semakin canggih, WordPress dibina supaya dapat menyokong penuh untuk paparan mobile dengan baik dan pantas.
9 – Setelah lebih 10 tahun WordPress dibangunkan, kami boleh katakan WordPress merupakan CMS yang matang dan boleh digunakan untuk perniagaan dengan baik. Tidak kisahlah untuk skala kecil atau besar. WordPress sentiasa membantu anda dengan baik.
10 – WordPress berasaskan sumber terbuka. Sumber terbuka bermaksud, WordPress sedia diubah suai dan diuji ke tahap yang lebih tertinggi oleh golongan pembangun (developer). Dan mereka ini sedia untuk majukan teknologi WordPress dengan baik.