10 Tahun Dalam Arena Media Digital Dan Saya Tak Menyesal Masuk Laluan Ini

Ramai orang dah tahu saya antara orang yang terlibat dengan Vocket dan SB.

Guna Halo Telco untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang ekstra. Kalau kat telco lain memang takkan dapat offer begini.

Guna Sekarang

Cuma ramai tak tahu saya juga terlibat dengan beberapa media brand lain. Saya ingat lagi pada tahun 2017 ada seorang kawan bagi tahu nak buat media brand simple dan sempoi.

Seperti biasa saya dengar dan nampak ok arah tuju dia. Saya pun on dan macam biasa akan jaga part teknikal. Dia jaga hal arah tuju dan konten. Kami buatlah kerja masing-masing. Konten memang fokus SEO. Bukan daily basis punya konten.

Lepas tu terabai sebab kekangan masa partner. Cuma pantau prestasi SEO sahaja sekali sekala.

Fast forward.

Beberapa hari lalu partner saya mesej ada pihak berminat nak beli media brand kami. Saya cakaplah, kamu deal je berapa duit yang kamu nak.

Dung dang dung dang… Member inform pihak pembeli dah transfer amaun 5 angka ke bank. Kami terus sujud syukur kerana usaha kami tak sia-sia. Now cuba kecek pembeli lantik kami jadi non-exec director untuk manage media brand ini.

?