Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran saya yang ke-30. Maknanya saya makin tua dari segi angka umur.
Guna Halo Telco untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang ekstra. Kalau kat telco lain memang takkan dapat offer begini.
Guna Sekarang
Teringat perbualan dengan seorang mentor saya pada awal tahun hari itu, katanya bila dah masuk umur 30 tahun ada beberapa fasa yang perlu dihadapi.
1 – Senarai kawan-kawan mungkin akan jadi semakin sikit. Dan yang benar-benar sentiasa berhubung dengan kita adalah kawan-kawan yang pandai jaga hati dan rakan niaga dalam bisnes yang serius membina empayar.
2 – Aktiviti bersama kawan-kawan yang dulunya boleh dilakukan bila-bila masa, kini mungkin kena fikir beberapa kali sebelum nak enjoy.
3 – Senarai lagu dalam aplikasi muzik pun mungkin dah berubah genre.
4 – Fokus untuk membina kerjaya dengan lebih baik.
Sejujurnya kalau nak tulis memang banyak. Tapi bila tiba masa menulis, terus stuck tak tahu nak tulis apa. Idea nak menulis banyak ini timbul waktu nak mandi, nak makan, time nak main FIFA19. Geram juga.
Jadi cukuplah apa yang saya nak tulis untuk versi hari lahir ke-30 ini.
Happy birthday to me!