Maka saya terbacalah satu post berkenaan income AdSense so so je berbanding Instant Article.
Guna Halo Telco untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang ekstra. Kalau kat telco lain memang takkan dapat offer begini.
Guna Sekarang
Ehhh. Minta maaf. Instant Article (IA) tak bagi anda duit ya. Yang bagi anda duit adalah Facebook Audience Network (FAN). IA dan FAN dua benda berbeza.
Kemudian khabarnya AdSense dan FAN tak boleh buat wang untuk company.
Ehhh. Minta maaf. Ada caranya nak monetize portal untuk company dengan benda-benda begini.
Saya dah saksikan sendiri, ada portal (tak boleh bagi tahu nama) yang buat duit almost RM80,000 setiap bulan. Itu satu portal.
Kemudian, jika ada direct sales (advertorial, banner dalam artikel yang dibooking manual dan lain-lain) adalah bonus dan saya boleh katakan keuntungan tambahan.
Haaa. Mesti anda kata saya sembang lebat kan. Betullah saya sembang lebat. Seiring dengan cuaca saya tengah taip status ini, hujan lebat. Tapi sembang lebat yang benar saya sedang bagi tahu.
Nak borak perihal buat duit dengan benda-benda begini ada caranya. Panjang ceritanya. Banyak blueprint kena print sampai ink kering.
Minta maaf. Nak dapat input begini saya kena hadap 10 tahun sejak saya ada blog paeh.net (sekarang bukan blog dah), sampailah sekarang saya ada 2 syarikat media digital sendiri.
[PANCING] Sekiranya anda mahu melakukan pemasaran digital melalui portal yang dikendalikan oleh syarikat media digital saya. Anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut di m.me/faizedzahar. * Sila baca dan bayangkan dengan nada serta gaya penyampai radio.
Minta maaf lagi, apa yang saya bagi tahu bukan web yang suka menulis artikel entah apa benda kemudian spam entah mana mana channel. Bukan.
Akhir kata, untuk mereka yang mahu bina syarikat media digital dan mahu income lebat boleh menampung pasukan. Saya bagi key sebenar, iaitu ADNETWORK.
Dari situ anda akan nampak sinar sebenar seperti lampu merah belakang Vios (belah tengah) yang menyakitkan mata pada waktu malam.
Faiz Edzahar
Yang dah buat banyak portal tapi banyak tak jadi sangat.