Rangkaian media sosial kepunyaan Facebook network down selama beberapa jam. Jika tak silap, ini adalah network down untuk kali kedua untuk tahun 2019.
Guna Halo Telco untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang ekstra. Kalau kat telco lain memang takkan dapat offer begini.
Guna Sekarang
Maka ramailah yang gelabah rangkaian media sosial kegemaran down. Macam-macam reaksi dapat saya lihat.
Walaupun network down untuk beberapa jam sahaja. Saya lihat ramai yang hangout di Twitter sebentar. Terbacalah beberapa tweet what if jika apa yang Facebook ada ini.
Antaranya:
1 – Apa jadi pada influencer yang menjana pendapatan aktif di Instagram jika Instagram down dalam jangka masa yang lama.
2 – Bagaimanalah agaknya peniaga yang aktif melayan pelanggan melalui WhatsApp jika WhatsApp down jangka masa yang lama.
3 – Apa jadi dengan mereka yang membuat perniagaan tapi berharap semata-mata dengan platform Facebook Ads. Bagaimanalah agaknya mereka mahu beriklan jika Facebook down dalam jangka masa yang lama.
Dan macam-macam lagilah fikiran yang keluar yang dalam kepala netizen.
Persoalan yang saya ingin bawa ke sini, kenapa mereka yang serius berbisnes masih belum ambil tahu kepentingan laman web? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Ini baru yang Facebook punya down, what if jika almost yang penting digunakan untuk perniagaan down.
Itu jelah yang saya mahu taip sebenarnya. Sambil-sambil itu nampaklah juga web ini dikemaskini. Takdelah nampak sunyi sangat.