Hosting merupakan perkara penting sekiranya anda mahu membina website, sistem atau aplikasi. Tanpa hosting 3 benda yang saya sebutkan itu usah haraplah boleh dicapai oleh netizen.
Guna Halo Telco untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang ekstra. Kalau kat telco lain memang takkan dapat offer begini.
Guna Sekarang
Sepanjang 10 tahun saya berkecimpung dalam dunia pembinaan website, saya dah cuba banyak penyedia hosting. Tidak kisahlah penyedia tersebut di Malaysia atau luar Malaysia.
Tapi, saya lebih banyak memilih penyedia hosting di Malaysia kerana banyak website yang saya bina target audience pemilik website ramai di Malaysia.
Selain daripada itu, ada penyedia hosting yang saya berurusan atas pilihan klien. Ada yang ok dan ada yang tak ok.
Yang mana tak berapa ok tu saya sound balik klien, “Haaaa… Kan saya dah pesan, nak sangat pakai host ini kan. Nak sangat, sekarang kita semua kena hadap masalah”. Kahkahkah!
Ada beberepa kriteria pemilihan hosting yang saya buat, antaranya:
1 – Host yang disediakan oleh kawan dan kenalan.
2 – Host yang disarankan oleh pengguna tegar.
3 – Host yang entah dari mana tapi bila tengok harga macam ok dan support pun nampak macam ok.
Cukuplah 3 kriteria saya bagi.
Yang saya paling geram sekarang adalah kriteria nombor 1. Saya pilih host yang disediakan oleh kawan-kawan adalah untuk support mereka. Iyalah mungkin salah satu sebab saya adalah bagus dan ‘murah’ (dalam masa sama sembang sempoi kata support good-good).
Bila saya melanggan, pada mulanya oklah. Tapi ada host kawan-kawan ini makin lama makin kelaut kualiti servis.
Yang paling saya geram, pihak host ini suka-suka ubah direction bisnes dia tanpa inform pelanggan mereka. Sedar-sedar website yang dihostkan dipindah tanpa memaklumkan pelanggan terlebih dahulu.
MADEFAKER apakah ini?
Kalau move website dan host pelanggan tu molek oklah juga. Ini jahanam. Habis website yang saya maintain lama terus rosak.
Saya nak marah beria pun tak guna juga, damage sudah berlaku. Mujurlah ‘murah’, tapi kos yang untuk memulihkan damage lagi mahal rupanya. Cilaka betul.
Dalam kes-kes di atas ada juga yang beritahu pelanggan elok-elok apa isu yang berlaku. Tak semualah buat palat.
Semoga mereka mereka ini sedar diri dan buat bisnes elok sikit. Jangan main sedap je nak ubah direction disebalik tabir serupa manusia takde pedoman.
Akhir sekali gunalah penyedia hosting yang paling cemerlang bagi saya (setakat ini).
Bye.
# Sedap juga guna SAYA dan maki hamun dalam penulisan ini.
## Saya nak tulis panjang lagi boleh saja. Tapi cukuplah sekadar melepaskan geram panjang ini saja. Makin banyak saya mencarut makin banyak dosa.
### Ikutkan saya nak je minta refund daripada mereka mereka yang buat palat. Tapi itulah, nampak miskin laa pula mengemis kat benda yang murah. Jadi sabar jelah mampu.