Saya masih ingat waktu mahu jalankan perniagaan internet di Lembah Klang. Starbucks merupakan salah satu ‘pejabat’ saya untuk lakukan aktiviti bisnes.
Guna Halo Telco untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang ekstra. Kalau kat telco lain memang takkan dapat offer begini.
Guna Sekarang
Waktu itu, isteri saya kerja di menara sebelah dalam kawasan Mutiara Damansara sana. Lepas saya hantar isteri awal pagi, maka bermulalah kehidupan saya sebagai hustler asal ada tempat buat kerja.
Starbucks = Early Startup Incubator. Think about it: office space for cost of a latte, caffeine motivation, great for meetings & networking.
— Sumaya Kazi (@sumaya) February 18, 2010
Starbucks jadi tempat pilihan kerana ada internet, kopi order segelas cukup untuk basah tekak sampai petang, donut murah untuk lapik perut.
Paling steady kerusi dan meja yang kedai kopi ini sediakan memang dicipta supaya orang boleh duduk dengan selesa dan lama. Tak percaya sila cuba duduk dari pagi sampai petang. Tak rasa lenguh dan penat.
Baca: Starbucks Brews a New Strategy
Di Starbucks, muncullah segala macam idea, rakan niaga dan rakan networking.
Di Starbucks-lah stage dan idea awal VOCKET dibina bersama Fazreen.
Di Starbucks-lah saya dapat network yang datang dari Jalan Reko.
Di Starbucks-lah saya kenal beberapa rakan usahawan untuk brainstorm pelbagai perkara dalam perniagaan.
Di Starbucks-lah saya dapat dana kecil untuk mulakan 1 bisnes kecil yang mahu dijalankan.
Di Starbucks-lah saya buat meeting syarikat. Order je apa nak, company bayar. ?
Selain daripada menjadi ‘inkubator’. Starbucks juga merupakan tempat awal saya mengenal fasal kopi. Saya yakin ramai orang mula mengenal kopi dari Starbucks. ?
Starbucks juga jadi ‘hantu’ bagi saya dan ister macam mudah sangat terpengaruh sehingga terjadi collector pelbagai barang. Lepas itu jadi bahan muzium dalam almari kat rumah.
Begitulah pengalaman saya dengan Starbucks sehingga kini.
Kalau orang tanya mana port mengopi, memang saya ajak Starbucks dahulu jika ada di kawasan berdekatan. Unless kalau dia ada pilihan lain, baru saya followwww…!
Lokasi gambar: Eco Majestic Reserve DT