Bina Empayar Baru?

Hai.

Guna Halo Telco untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang ekstra. Kalau kat telco lain memang takkan dapat offer begini.

Guna Sekarang

Lepas cashout sedikit pegangan Vocket kepada MP tahun lepas. Kami dah mula fikir untuk bina empayar baru.

Macam-macam benda kami nak cuba buat. Buat produk kesihatan, makanan, baju dan pelbagai lagi.

Jujurnya kami ini kurang faham secara langsung macam mana nak buat produk fizikal yang bagus dan berkesan untuk memenuhi pasaran sedia ada.

Pehhh. Macam main saham kat Bursa guna perkataan ‘pasaran’.

Ok.

Selepas raya puasa hari itu, Fazreen bertemu dan belajar dengan seorang taikun untuk produk lifestyle ini bagi pasaran Malaysia.

Selepas berguru, Fazreen terus ajak saya buat. Dia dah bagi tahu BMC semua dah lengkap.

Setiap kotak dah diisi dengan jelas. Tinggal nak execute sahaja. Kami for sure fokus pada forte yang ada sejak 10 tahun dahulu iaitu media dan advertising.

Jadi…

Hari itu kami ke Tampin untuk berborak dengan jerung bagi pasaran UK dan US.

Dan…

Hari ini kami ke Cheras untuk berborak dengan jerung pasaran Malaysia dan percubaan pertama kami untuk fill up beberapa kotak BMC yang sepatutnya menjana cash baharu untuk kami.

Banyak lagi nak cerita terutama agenda lepas meeting di Cheras tadi. Tapi nantilah.

Itulah aktiviti hustle kami pada hari ini.

?

Sumber: Fazreen